Berhutang RM 81 000 Dengan Hospital, Bantuan Orang Ramai Amat diperlukan!

suami mohon bantuan orang ramai

En Amin, seorang bekas pekerja kerjaan negeri memohon bantuan kewangan bagi menjelas bil hospital rawatan allayarham isteri beliau.

Beliau terpaksa memohon bantuan orang ramai setelah sumbangan daripada badan2 korporat dan NGO tidak mencukupi.

Pihak hospital telah memberi kata dua agar beliau menjelaskan bayaran tersebut. sekiranya gagal, en Amin bakal menghadapi tindakan mahkamah!

Penulis bersimpati atas nasib En Amin sekeluarga. Semoga beliau tabah mengahdapi ujian ini.

Jadi saudara2 sekalian, apa langkah kita bagi mengelak situasi ini terjadi pada diri kita  atau orang terdekat.

Memang benar, segala apa yang berlaku sudah ketentuan dari Yang Maha Kuasa, tetapi apakah usaha yang telah kita lakukan bagi menghadapinya. Mungkin kita tahu, tetapi kita selalu melambat-lambatkan tindakan. Bertindak segera.

Jalanraya yang telah rosak amat mahal untuk diperbaiki, tetapi  jalanraya tersebut jika segera diselenggara awal, kosnya lebih murah dan lebih tahan lama.

Renung-renungkan dan selamat bertindak.

Sumbangan baru RM457 / RM35 000

kizmyself.blogspot.com – Mawar Nur Farisya Farid Alsuwad, 2 tahun yang menghidap penyakit lumpuh otak, jantung berlubang dan injap jantung sempit memerlukan sumbangan sebanyak RM35,000 untuk kos pembedahan.Mawar memerlukan RM35,000 bagi membiayai kos pembedahan di Pusat Perubatan Gleneagles Intan, Ampang.
Bapanya, Farid Alsuwad Mohamed Maki berkata, beliau bimbang kerana sehingga kini, setelah empat hari berita mengenai anaknya disiarkan, bantuan diterima belum mencukupi dan masih banyak diperlukan.
“Saya berasa susah hati kerana setakat ini, jumlah terkumpul dalam tabung bantuan Mawar hanya RM457 sahaja. Walaupun begitu, masih ramai yang menelefon untuk bertanya khabar dan memberi nasihat”.Antara kata-kata yang dipetik dari laman Sinar Harian.
Jadi kepada yang hendak menyumbang boleh terus kepada akaun Bank Islam nombor akaun 12-216-02-002450-1.Semoga ada juga badan atau syarikat korporat yang boleh membantu sebagai salah satu khidmat sosial mereka agar pembedahan ini boleh dilakukan dengan segera.
klik untuk mengetahui pelan Takaful Puteri Plus

Apa itu Angioplasty?

Apabila saluran jantung tersumbat akibat lebihan lemak yang masuk melalui cara permakanan kita, tindakan membuang lemak tersebut perlu dilakukan dengan segera.

Ustaz saya pernah memberitahu bayangan sakitn jantung ni. Katanya” cuba Adam cubit dada dengan kuku sekuat yang boleh” saya pun cubit. Sakit tu! tambahnya lagi” kalau sakit jantung 100 x lebih sakit dari itu.

Bertapa sakitnya penyakit jantung ni. berikut petikan pelangalaman keluarga Hj Selamat Sipan (http://keluarga-sayong.blogspot.com/2009/06/satu-pengalaman-angioplasty.html)berkenaan sakit jantung.

Anda tahu apa itu Angioplasty? jom layan…

Tau ker apa tu angioplasty ? Mungkin ramai yang tak tahu apa itu angioplasty kan!

Dari segi bahasanya Angio adalah saluran atau pembuluh darah dan manakala plasty adalah satu proses atau kaedah untuk membaik pulihnya dari tersumbat. Jadi Angioplasty adalah satu kaedah pembedahan bagi membaikpulih pembuluh darah sama ada dengan mengembangkan tip-pembelonan bagi membesarkan saluran darah terbabit atau membina semula atau menggantikan sebahagian darinya.

Kenapa pula kena lakukan angioplasty?

Angioplasty perlu dilakukan apabila seseorang itu telah didapati mengalami saluran darah yang tersumbat akibat timbunan lelemak atau kolesterol. Kaedah ini digunakan bgi membuka semula saluran yang tersumbat dengan mengembangkan belon dibahagian yang terbabit dan jika keadaan agak parah, maka satu kaedah yang dipanggil “stenting” atau kerangka besi yang bertindak sebagai sokongan bagi mengekalkankan saluran darah akan sentiasa terbuka untuk satu jangkamasa tertentu.

angioplasty; ballooning

Belon dikembangkan terlebih
dahulu diikuti dengan besi ersebut
angioplasty; stent
Inilah besi yang dimasukkan
0.4mmx38mm

Sementelah itu, sebenarnya aku telah menjalani angioplasty yang pertama pada 26 Jun, 2009 hasil angiogram
yang dijalankan pada hari yang sama, yang mana di dapati dua saluran arteri tersumbat melebihi 90%. Manakala pada 21 Julai 2009 yang lalu angioplasty yang kedua dilakukan bagi memasukkan stent yang berubat pula sepanjang 38mm.

stenting
beginilah kedudukan besi
tersebut lepas diletakkan

Jadi, apa yang dimaksudkan dengan angioplasti adalah memasukkan kerangka besi yang halus di dalam saluran darah utama yang ke jantung bagi mengatasi saluran yang mengecil. Anioplasti digunakan bagi kes yang tidak memerlukan pembedahan pintas (by-pass) seperti kes cik nyamat. Bagi kes Cik Man, dua (2) jenis stent yang di masukkan iaitu regular atau non-medicated and medicated (berubat) yang mana membolehkan kadar pengumpulan kolesterol lebih lama berbanding non-medicated. Manakala, cara memasukkannya adalah melalui kelengkang sebelah kanan dan satu wayar berkamera beserta belon dan stent dimasukkan sekali, dan bila belon di pamkan, maka stent tersebut akan terbuka, dan tidak boleh mengecut semula, maka terbukalah saluran darah tersebut. Namun, apabila untuk mencabut semula tiub saluran tempa masuk, mak oooi yai, sakitnya tak tertahan..!!

untuk makluman lebih lanjut boleh la tengok video ini, bagaimana angioplasty procedure dilakukan

Hutang demi kesihatan

hutang perubatan yang tinggi
  • Lebih 36,000 rakyat negara ini menanggung beban hutang yang tinggi sehingga terpaksa merujuk kepada Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) akibat gagal melunaskan hutang rawatan perubatan.
  • Kebanyakan mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an itu secara purata pula mengambil masa maksimum 10 tahun untuk melangsaikan hutang berkenaan.
  • Trend berhutang untuk membayar kos rawatan perubatan semakin meningkat setiap tahun sejak AKPK diperkenalkan.
  • Berikutan hospital swasta enggan menerima pesakit yang tidak mempunyai deposit, menyebabkan mereka terpaksa menggunakan kad kredit tetapi tidak membayar balik hutang yang dibuat.

sumber: Utusan Malaysia, 20 September

  1. Isu ini bukan isu baru, tetapi sudah menjadi sebahagian cabaran dalam kehidupan masyarakat malaysia dewasa ini.
  2. Kenaikan harga atau inflasi dalam sektor perubatan naik setiap tahun menyebabkan rakyat semakin terhimpit untuk mendapatkan rawatan yang segera.
  3. 33.4%  rakyat malaysia memperoleh pendapatan bulanan kurang RM2000 dengan kenaikan pendapatan pada kadar 2.6% setiap 10 tahun.
  4. Mampukah kita membiaya kos perubatan yang tinggi dengan tunai? sekiranya simpan RM500 sebulan sekalipun tak mungkin akan mencapai RM50 000 setahun.
  5. Ambilah skim perubatan yang ditawarkan oleh banyak syarikat Takaful untuk memindahkan risiko ini kepada mereka.

Pengurusan Risiko

risiko

Pengurusan Risiko adalah satu aspek penting dalam Perancangan Kewangan..Ia memberi keselesaan dan kelegaan sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini,paling tidak ianya boleh mengurangkan bebanan akibat berlaku risiko tersebut.. Pengurusan Risiko yang paling praktikal ialah menggunakan Pelan Takaful kerana ia menepati Hukum Syariah.

Beberapa risiko yang mungkin anda hadapi

  1. Kematian Awal
  2. Hilang Kekal Menyeluruh dan Kekal
  3. Menghidap Penyakit Kritikal
  4. Keperluan Pendapatan ketika Persaraan
  5. Pembiayaan Pendidikan Anak-Anak
proses risiko