En Amin, seorang bekas pekerja kerjaan negeri memohon bantuan kewangan bagi menjelas bil hospital rawatan allayarham isteri beliau.
Beliau terpaksa memohon bantuan orang ramai setelah sumbangan daripada badan2 korporat dan NGO tidak mencukupi.
Pihak hospital telah memberi kata dua agar beliau menjelaskan bayaran tersebut. sekiranya gagal, en Amin bakal menghadapi tindakan mahkamah!
Penulis bersimpati atas nasib En Amin sekeluarga. Semoga beliau tabah mengahdapi ujian ini.
Jadi saudara2 sekalian, apa langkah kita bagi mengelak situasi ini terjadi pada diri kita atau orang terdekat.
Memang benar, segala apa yang berlaku sudah ketentuan dari Yang Maha Kuasa, tetapi apakah usaha yang telah kita lakukan bagi menghadapinya. Mungkin kita tahu, tetapi kita selalu melambat-lambatkan tindakan. Bertindak segera.
Jalanraya yang telah rosak amat mahal untuk diperbaiki, tetapi jalanraya tersebut jika segera diselenggara awal, kosnya lebih murah dan lebih tahan lama.
Renung-renungkan dan selamat bertindak.