Langsai Bil Hospital dengan Kad Kredit?

Takpe duit boleh dicari, nyawa (kesihatan)tiada ganti

Mungkin ini merupakan antara pandangan pengguna yang ingin menjelaskan bil hospital apabila tiada tunai di tangan, mengakibatkan menanggung hutang diluar kemampuan. Kebanyakan kita tidak mahu atau tidak pernah menjangkakan keadaan seperti ini akan berlaku, menjelaskan bil hospital menggunakan kad kredit.

Mungkin bukan keseluruhan kos ditanggung dengan kad kredit, sebahagian ditanggung dengan wang simpanan yang dikumpulkan selama bertahun-tahun, mungkin 5 , 10 atau 20 tahun! Keadaan seperti ini sekiranya kita merancang dari awal, bukan setelah kene baru nak tersedar. Masa itu mungkin terlewat, namun “better late than never!”

 

Berita Harian, 22/11/2010

Ramai hutang kad kredit, bank untuk jelas kos perubatan swasta tinggi

KUALA LUMPUR: Penggunaan kad kredit atau pinjaman bank untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta kini menjadi punca utama kegagalan pembayaran balik pinjaman bank dan kad kredit oleh individu.  

Mengikut Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) penggunaan kad kredit tidak terkawal kini bukan lagi menjadi faktor utama bagi masalah kegagalan pembayaran balik pinjaman.

Sebaliknya, badan yang menguruskan RM4.8 bilion hutang tidak berbayar (NPL) membabitkan 50,361 individu itu mendapati pembiayaan kos rawatan dan perubatan yang tinggi ketika ini mendorong individu untuk berhutang sehingga di luar kemampuan.

Ketua Eksekutifnya, Mohamed Akwal Sultan, berkata kebanyakan individu yang dirujuk kepada Program Pengurusan Kredit (PPK) AKPK menjelaskan, mereka lebih cenderung mendapatkan perkhidmatan rawatan dan perubatan yang dikatakan lebih baik di hospital swasta berbanding di hospital kerajaan walaupun ia membabitkan kos besar.

“Setakat Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman langsung bank atau kad kredit yang dirujuk kepada AKPK adalah perbelanjaan perubatan tinggi disebabkan kos sara hidup semakin meningkat.

ps: Nasihat saya, dapatkan perlindungan dengn pelan perubatan + simpanan dari Takaful Prudential-BSN. Insyallah boleh bantu mengatasi masalah diatas

pss: Takaful Health

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s