Kenapa kita tidak perlukan Takaful

SITUASI 1

Pada masa kini terdapat pelbagai produk takaful dan insurans dalam pasaran Malaysia. Daripada syarikat antara bangsa sehingga ke syarikat tempatan berlumba-lumba menawarkan pelbagai perkhidmatan berteraskan perlindungan. Pertumbuhan yang drastik bak cendawan selepas hujan ini mewujudkan lambakan produk-produk yang sedikit sebanyak memeningkan para pengguna untuk membuat pilihan.

SITUASI 2

Ada pelbagai rungutan yang diperolehi daripada pengguna yang mengatakan takaful dan insurans ini menipu. Tidak boleh dipercaya dan sebagainya. Ramai pengguna yang tidak berpuas hati kerana apabila berlaku kemalangan atau kematian atau membuat rawatan di hospital pakar tidak boleh dituntut. Janji lain dapatnya lain. Sesuatu perniagaan yang tidak jujur biasanya tidak mampu bertahan lama dan pasti gulung tikar. Satu persoalan, mengapa pelbagai bangunan syarikat takaful dan insurans tumbuh bagaikan cendawan, tidak susut malah membesar?

SITUASI 3

Wujudnya sesuatu pekara disebabkan ada permintaan. Seperti hospital, hospital pakar khususnya, semakin hari semakin bertambah. Sudah tentu perkataan pakar menunjukkan kualiti perkhidmatan yang bakal diberikan dan sudah pasti harga yang perlu dibayar pun cukup tinggi. Kata orang putih ” You will get what you pay”. Persoalanya, ramai sangatkah orang -orang yang kaya raya di Malaysia ini jika dibandingkan dengan rakyat kebanyakkan? Adakah hospital-hospital ini khusus untuk orang-orang kaya dan bangsawan? Ada seorang pesakit wanita berusia sekitar 60-an di hospital pakar dan berbangsa Tiong Hua. Apabila ditanya siapa yang membiayai rawatan ini. Beliau menjawab “saya sendiri bayar”  adakah makcik seorang bisneswoman atau orang kaya, beliau menjawab ” saya hanya kerja kutip tin dan kertas.” Rasa terkejut mendengar jawapan mak cik ini, apabila ditanya lagi, rupa-rupanya beliau telah membeli polisi Insurans perubatan sejak berusia 25 tahun!

KESIMPULAN

Anda tidak memerlukan takaful atau insurans sekiranya anda tergolong dalam golongan ini

1. Anak raja ( Bangsawan) sebab raja memang tidak boleh memohon takaful

2. Jutawan atau Billionaire

3. Waris kepada pemilik hospital Pakar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s