Menyimpan untuk Masa depan Anak kita

Pelan pendidikan anak ialah produk Takaful keluarga yang direka khusus sebagai satu cara menabung untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk memasuki kolej (18 tahun dan ke atas). Dana ini boleh digunakan bagi membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Dengan pelan ini, anak mendapat perlindungan insurans dan ibu bapa atau penjaga merupakan pemegang polisi.

Sekiranya anda memilih rider manfaat pembayar, polisi pendidikan memberi jaminan bahawa sekiranya ibu bapa atau penjaga yang sah meninggal dunia, anak anda akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya

MENGAPA KITA PERLU MEMBUAT PERANCANGAN AWAL UNTUK PENDIDIKAN ANAK KITA?

Kos pendidikan tinggi semakin meningkat, disebabkan sama ada oleh inflasi atau faktor ekonomi lain. Kos yang meningkat boleh mengakibatkan beban kewangan kepada anda apabila anak-anak anda memulakan pendidikan tinggi. Oleh itu, penting bagi ibu bapa merancang lebih awal untuk menyediakan peruntukan secukupnya bagi perbelanjaan pendidikan tinggi anak-anak kerana lagi lebih awal anda membeli insurans, lebih banyak masa untuk wang anda berlipat ganda. Pelan ini menjamin dana yang diperlukan anak anda untuk mendapatkan pendidikan tinggi dan membolehkan anak-anak anda mengejarkan sebahagian daripada matlamat hidup mereka.

MEMILIH PELAN PENDIDIKAN YANG SESUAI

1. Tentukan jumlah wang yang anda mahu ketepikan untuk tabung pendidikan anak anda.

2. Pastikan anda mampu mencarum secara tetap dan konsistsen

3. Pilih pelan yang memberikan anda kelonggaran agar anda boleh manambah simpanan di masa depan

4. Pastikan anda memilih rider manfaat pembayar

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s