Prudential BSN Takaful

Ini merupakan perkembangan terbaru dari Prudential BSN Takaful.  Jika sebelum ini kita tercari-cari produk Takaful berbentuk bertempoh (Term) pendek hingga sederhana, sahaja, inilah produk yang sesuai untuk anda. Produk ini dilihat lebih berbaloi berbanding Personal Accident (PA) yang hanya memberikan pampasan sekiranya berlakunya kemalangan, pelan ini akan memberikan pampasan disebabkan penyakit.

 

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) –

Prudential BSN Takaful Bhd melancarkan tiga pelan takaful baharu untuk membolehkan pelanggan membuat peruntukan kewangan bagi peristiwa di luar jangka.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azim Mithani, berkata PruBSN Protect, PruBSN ProtectPlus dan PruBSN CrisisCover diadakan khusus untuk memenuhi keperluan pelanggan semasa kecemasan.
“Perlindungan merupakan sebahagian utama dalam perancangan kewangan. Dengan mengetepikan perbezaan latar belakang dan pekerjaan, semua orang perlu memastikan mereka mempunyai tahap perlindungan yang memuaskan hati mereka,” katanya dalam satu kenyataan Isnin.

Bagi tahap perlindungan tertentu, kata Azim, permohonan pelanggan akan diterima secara automatik, menjadikan pelan-pelan itu lebih mudah didapati dan menjadikan perlindungan lebih mudah.

Beliau berkata ketiga-tiga pelan itu mempunyai ciri-ciri unik; PruBSN Protect memberikan jangka perlindungan yang lebih panjang hingga usia 70 tahun, berbanding hanya 65 tahun yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat insurans lain di negara ini sekarang.

PruBSN ProtectPlus melengkapi PruBSN Protect dengan menambah jumlah yang diinsuranskan sebanyak lima peratus bagi setiap tiga tahun sijil.

PruBSN CrisisCover menyediakan perlindungan bagi 36 jenis penyakit kritikal, dengan pilihan tawaran pendapatan bulanan hingga 120 bulan, kepada penerima manfaat orang yang dilindungi sekiranya berlaku kematian orang yang diinsuranskan.

Prudential BSN Takaful adalah syarikat usaha sama antara Prudential Plc dan Bank Simpanan Nasional Bhd.

— BERNAMA


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s