Ibu Buntu cari rm 184,600

2010/08/21

KUALA LUMPUR: “Ibu mana yang tidak sedih apabila mengenangkan anak sekecil ini perlu menjalani rawatan kemoterapi berulang kali sejak disahkan menghidap penyakit leukemia pada Julai tahun lalu,” kata Josephine Leku Sia, 28, ibu kanak-kanak perempuan, Joy Chai Xin Jie, dua tahun lima bulan yang memerlukan RM186,400 bagi menampung kos perubatannya.

Kimoterapi

Daripada jumlah itu, RM124,600 diperlukan untuk rawatan segera manakala RM60,000 lagi diperlukan untuk transplantasi dengan Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akan cuba mendapatkan bantuan untuk transplantasi menerusi Tabung Pesakit Kronik di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

Josephine yang berasal dari Lawas, Sarawak, berkata sejak anaknya itu disahkan menghidap leukemia, mereka berulang-alik dari Lawas ke Kuala Lumpur bagi menjalani rawatan manakala suaminya, Chai Seng Hui, 38, masih di Lawas dan bekerja untuk menampung keperluan mereka sekeluarga.

Mereka yang kini tinggal sementara di rumah bapa saudaranya di Klang, berkata hampir RM200,000 dibelanjakan di sebuah hospital swasta sepanjang tempoh berkenaan hasil bantuan ahli keluarga dan rakan.

“Joy kini menjalani rawatan di PPUM dengan doktor memaklumkan penyakit leukemia Joy berada pada tahap bahaya iaitu Acute Lymphoblastic Leukaemia dan perlu menjalani rawatan segera.

“Dengan pendapatan suami sebagai pemandu teksi, mustahil saya dapat mengumpulkan wang sebanyak itu dalam masa singkat menyebabkan saya kini buntu memikirkan cara untuk mendapatkan wang,” katanya yang ditemui di Balai Berita di sini, baru-baru ini.

Menurut Josephine, walaupun masih kecil, Joy akan menangis setiap kali mereka ke hospital sambil menyebut perkataan sakit berulang kali seakan-akan tahu dia akan menjalani rawatan yang menyakitkan.

Katanya, Joy adalah seorang kanak-kanak yang periang, tetapi bertukar menjadi agresif apabila dia sakit atau menjalani rawatan kemoterapi.

Orang ramai yang mahu menderma boleh menghantar cek kepada The New Straits Times Press Press (M) Berhad (NSTP) di alamat Bahagian Kewangan/Tabung Kebajikan NSTP, The New Straits Times Press Press (M) Berhad, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur dengan menulis nama kanak-kanak berkenaan di belakang cek

-Harian Metro, 21 ogos 2010-

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s