LINDUNGI KELUARGA ANDA DARIPADA KOS PERUBATAN YANG MELAMBUNG

Didalam era jangka hayat yang panjang dan kenaikan stabil kos perubatan, menjadi satu kemestian anda dan keluarga memiliki perlindungan insurans/ takaful yang mecukupi. Sekiranya anda bekerja, kebiasaan pihak majikan akan menyediakan perlindungan untuk setiap pekerjanya, khususnya untuk kakitangan kerajaan yang mendapat perlindungan penuh. Manakala kakitangan swasta pula bergantung pada kemampuan majikan.

Jenis perlindungan kebiasaannya bergantung kepada pelan individu yang ditanggung oleh majikannya. Sesetengah majikan menyediakan insuran/ takaful kelompok yang bersesuaian untuk menguruskan kos, sesetengahnya membiayai sendiri kos tuntuan perubatan. Kini semakin ramai pihak majikan mangambil insurans/ takaful kelompok yang menyediakan perlindungan yang tinggi.

Sesetengah pelan turut melindungi pasangan dan anak-anak dan mungkin tidak. Ada juga pelan yang terhad kepada had tahunan. Kelebihan anda juga bergantung kepada kedudukan anda didalam syarikat. Kebanyakan syarikat-syarikat kecil tidak menyediakan sebarang perlindungan. Kebanyakan majikan tidak menyediakan perlindungan yang mencukupi, khususnya untuk penyakit-penyakit serius. Ramai yang mempunyai jumlah perlindungan yang rendah, serendah RM20 000 setahun.

Anda juga perlu tahu jenis perlindungan yang anda perolah dan berapa jumlahnya, kemudian membuat penambahan sendiri untuk perlindungan-perlindungan yang tidak disediakan. Perlindungan Kesihatan peribadi memastikan anda sentiasa mendapat rawatan terbaik disaat-saat yang diperlukan.

Mungkin ramai berpendapat bahawa rawatan di hospital-hospital kerajaan jauh lebih murah. Persoalanya sanggupkah anda beratur menunggu giliran untuk dirawat. Mampukah anda menanggung derita atas penyakit yang dialami. Insuran/ takaful peribadi akan membayar untuk kedua-dua jenis hospital.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s