Kemalangan di mana-mana

Macam-macam hal di Jambatan Pulau Mutiara ini. Tidak pernah lekang dari masalah-masalah-masalah Punca? omputeh kata human error atau kesilapan manusia. Cuba renung-renung kisah berikut. Ambil iktibar dan pedoman hidup.

Suami Isteri Maut Dalam Kemalangan Di Jambatan Pulau Pinang, Rakan Jatuh Ke Laut

GEORGE TOWN: Sepasang suami isteri muda maut selepas kenderaan MPV yang dinaiki mereka merempuh besi selusur Jambatan Pulau Pinang dalam satu kemalangan di sini malam tadi, manakala seorang daripada tiga penumpang MPV itu tercampak keluar daripada kenderaan tersebut dan jatuh ke dalam laut.

beringat sebelum kena

Ketua Trafik Pulau Pinang DSP Abdul Rahim Md Din berkata remaja berumur 17 tahun yang tercampak ke dalam laut itu kemudiannya berenang ke salah satu tiang jambatan sebelum diselamatkan oleh polis marin kira-kira pukul 1.30 pagi.

Beliau berkata pemandu MPV itu Teh Boh Yi, 17, dari Sungai Rambai Bukit Mertajam dan isterinya Khor Lee Mui, 17, dari Mukim 8 Tanah Liat Bukit Mertajam, meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada kira-kira pukul 1 pagi akibat kemalangan pada kira-kira pukul 11 malam itu.


Bercakap kepada Bernama ketika dihubungi di sini beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku semasa kenderaan yang dipandu Teh dalam perjalanan menghala Pulau Pinang itu hilang kawalan semasa ia cuba memotong sebuah kenderaan.

Katanya MPV itu kemudiannya terbabas ke pembahagi jalan sebelum dilanggar pula oleh sebuah lori membawa sayur, mengakibatkan ia merempuh besi selusur jambatan.

Abdul Rahim berkata rempuhan itu mengakibatkan remaja berkenaan tercampak keluar dari kereta, dan terjatuh ke dalam laut.

takaful prubsn

Ihsan kosmo online

Katanya ketiga-tiga penumpang MPV yang terselamat dalam kejadian itu kini menerima rawatan itu Hospital Pulau Pinang, dan salah seorang daripadanya sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Keadaan mereka baik, namun ketiga-tiganya masih dalam keadaan trauma akibat kejadian itu,” katanya.

Adul Rahim berkata polis sedang menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41 (1)Akta Pengangkutan 1987. – BERNAMA

Kesimpulannya:
1)Pandu pada had laju dibenarkan
2) Banyakan bersabar
3) Ambilah insuran selengkap mungkin

Ajal Maut kita tidak tahu bila dan dimana: ajal dalam Laut

KUALA PERLIS – Seorang guru yang didakwa merajuk selepas kecewa kerana ditukarkan ke sekolah baru ditemui mati lemas apabila terjatuh ke dalam laut di Kuala Sungai Baru di sini semalam.

Mayat Zuki Ibrahim, (gambar) 40, ditemui pukul 1.20 petang, enam meter dari tebing pantai.

Sebelum kejadian, Zuki dikatakan telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada isterinya, Noriza Kassim, 37, yang memberitahu dia mahu terjun ke laut pada pukul 9 pagi.

Zuki ditukarkan ke sekolah Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Safi sejak dua bulan lalu selepas dinaikkan pangkat menjadi guru kanan mata pelajaran Kemanusiaan.

Sebelum itu, dia mengajar mata pelajaran sama di SMK Padang Siding manakala Noriza pula guru di Sekolah Kebangsaan Tengku Budriah di sini.

Difahamkan, mangsa merajuk dan tidak puas hati ditukarkan kerana dia terlalu sayangkan anak muridnya di sekolah lama.

Menurut Noriza, dia pergi ke pantai sebaik menerima SMS itu sebelum mendapati kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora yang dipandu suaminya ditinggalkan di tepi pantai bersama telefon bimbit.

Lima sekeluarga mahu ke majlis bertunang maut

NADATUL Isma yang cedera parah dalam nahas dua kereta di Kilometer  81.5, Jalan Johor Bahru-Mersing sempat melihat mayat anak (ditutup plastik kuning) dan  ibunya (atas sekali) sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam.

NADATUL Isma yang cedera parah dalam nahas dua kereta di Kilometer 81.5, Jalan Johor Bahru-Mersing sempat melihat mayat anak (ditutup plastik kuning) dan ibunya (atas sekali) sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, semalam.
KOTA TINGGI: Lima daripada satu keluarga maut selepas Proton Wira yang dinaiki bertembung dengan sebuah kereta Mercedes-Benz, di kilometer 81.5, Jalan Johor Bahru-Mersing , dekat Felcra Sungai Ara di sini tengah hari semalam.

Dalam kemalangan jam 1.30 tengah hari itu, Md Azhar Ali Seman, 39, yang memandu kereta, kakaknya Zabidah, 49; dan cucu Zabidah, Puteri Alya Batisha Mohd Fadzely yang berusia dua bulan, meninggal dunia di tempat kejadian.
Isteri Md Azhar, Noraini Norzaini, 27, yang mengandung lapan bulan, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kota Tinggi (HKT), manakala anak Zabidah, Adriana Balqis Md Isa, 6, meninggal dunia jam 5 petang ketika rawatan di unit kecemasan hospital.
Ibu Puteri, Nadatul Isma Isa, 24, pula patah tangan kanan, luka dahi serta kening, manakala anak Md Azhar, Nazrul Haikal, 6, patah tangan kanan dan dirawat di Hospital Sultan Ismail.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Osman Muhammad Sebot, berkata kereta yang dinaiki tujuh orang itu dalam perjalanan ke Johor Bahru untuk menghadiri majlis pertunangan saudara mereka di Kangkar Pulai, hari ini.

Apabila tiba di tempat kejadian, kereta Mercedes dari arah Johor Bahru-Mersing dipercayai hilang kawalan di selekoh dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan kereta mangsa.

“Proton Wira itu berpusing sebelum terbabas ke dalam gaung sedalam tiga meter. Pemandu Mercedes patah kaki kanan dan menerima rawatan di Hospital Mersing, manakala isteri dan dua anaknya cedera ringan,” katanya.
Beliau berkata, polis menjalankan siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan akan menahan reman pemandu Mercedes Benz bagi siasatan mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Sementara itu, bapa Puteri Alya Batisha, Mohd Fadzely Aziz, 28, yang menetap di Rompin, Pahang, berkata beliau menemui anaknya kali terakhir di Felda Keratong, di Pahang seminggu lalu, namun tidak menyangka hasrat menyambut hari jadi isteri bersama anaknya Rabu ini tidak kesampaian.

Mohd Fadzely yang bekerja sebagai pemandu lori, berkata sejurus dimaklumkan kejadian jam 3 petang, beliau terus ke tempat kejadian dan melihat keadaan Proton Wira dinaiki anak serta isterinya.

“Sebaik melihat keadaan kereta yang hancur, saya dapat rasakan isteri dan anak sudah tiada. Luluh hati saya melihat Puteri ketika pengecaman waris di Rumah Mayat HKT. Namun, saya bersyukur isteri masih ada,” katanya yang mengakui sukar melelapkan mata dan gelisah teringatkan anak serta isteri pada malam sebelum kejadian.

Sementara itu, Nadatul Isma, sempat melihat jenazah ibu dan anaknya ketika diusung melalui Rumah Mayat sebelum menaiki ambulans ke HSI untuk rawatan lanjut.

Jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Perantau Damai, Muadzam Shah, Pahang, tempat asal mereka selepas Zuhur hari ini.

Sumber Berita Harian Online

“Pesta” Kemalangan: 15 maut dalam 8 nahas

KUALA LUMPUR 20 Mac – Nahas jalan raya tidak mengira waktu dan tempat. Dalam tempoh 24 jam lalu, seramai 15 maut dalam lapan kemalangan di seluruh negara.

Tragedi yang meragut paling banyak nyawa berlaku di BETONG, SARAWAK- lima terbunuh apabila sebuah Land Rover polis yang membawa mayat seorang mangsa kemalangan motosikal bertembung dengan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) Naza Citra.

Kejadian berlaku di Kilometer 100, Jalan Sarikei-Sri Aman kira-kira pukul 2.15 pagi ini.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Supritendan Mohd Bukhori Saffai berkata, lima yang terbunuh dalam kemalangan itu ialah Omar Bilu, 67; Ngalambang Ranggau, 30; Robert Unya Mathew Intai, 33; dan Chaong Rangau, 39, manakala Lans Koperal Lee Kui San, 57, pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Ngalambang memandu Naza Citra itu dan ketika kejadian dia bersama dua rakannya iaitu Robert Unya dan Chaong manakala Kui San memandu Land Rover terbabit.

“Land Rover itu dalam perjalanan menghantar jenazah mangsa kemalangan motosikal ke Hospital Betong iaitu cucu kepada Omar, Zainul Zuhri Amit, 20.

“Empat ahli keluarga Zainul Zuhri yang menaiki kenderaan itu cedera parah dan kini dirawat di Hospital Umum Sarawak,” katanya.

Menurutnya, Zainul Zuhri sebelum itu maut apabila motosikal yang ditungganginya merempuh tiang di Simpang Senggalang, Jalan Debak Laut kira-kira pukul 11.20 malam tadi.

Di KUALA PILAH, NEGERI SEMBILAN, tiga daripada enam sekeluarga terbunuh apabila kereta yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan di Kilometer 17, Jalan Kuala Pilah-Seremban, tidak jauh dari Taman Rekreasi Ulu Bendul malam tadi.

Dalam kejadian pukul 9.30 malam itu, kereta Proton Saga yang dinaiki dalam perjalanan dari Felda Serting Hilir 1 ke Seremban bertembung dengan kereta Proton Iswara Aeroback dari arah bertentangan.

Mereka yang terbunuh ialah pemandu, Roslley Hassan, 48; isterinya, Roziah Shamsudin, 42, dan cucu mereka, Mohamad Danish Zaquan Mohd. Zaidi yang berusia setahun lima bulan.

Roziah dan Mohamad Danish maut di tempat kejadian manakala Roslley pula meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Supritendan Jaafar Baba berkata, kemalangan pukul 9.30 malam itu turut mencederakan dua lelaki dan seorang wanita yang menaiki kereta Iswara Aeroback.

Di Kilometer 269, Lebuh Raya Utara Selatan berdekatan Seremban, seorang wanita warga Britain, Mariam Roslan, 72, terbunuh apabila kereta yang dipandunya terbabas, pukul 2 petang ini.

Di BALING, KEDAH, dua pemandu kereta maut apabila kenderaan mereka bertembung antara satu sama lain di Kilometer 59.1, Jalan Kulim-Gerik dekat Kuala Pegang malam tadi.

Kedua-dua mereka ialah Mohd. Ishafudin Mohd. Razali, 32, yang berasal dari Felda Teloi Timur dan Mohd. Hisham Che Hashim, 25, dari Labu Besar Kulim.

Ketua Polis Daerah Baling, Supritendan Mat Daud Mat Hassan berkata, kejadian berlaku pada pukul 11.30 malam apabila kereta Proton Saga dipandu Mohd. Ishafudin bertembung dengan Proton Wira dipandu Mohd. Hisham.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Baling untuk menerima rawatan tetapi disahkan meninggal dunia beberapa jam kemudian,” kata beliau.

Di KUALA LUMPUR, dua terkorban dalam kemalangan berasingan yang berlaku di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2).

Dalam kejadian pertama, seorang pemandu MPV Toyota Unser meninggal dunia apabila kenderaannya merempuh sebuah lori yang diletakkan di lorong kecemasan lebuh raya itu berdekatan Kepong.

Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, Sikandar Hayat Khan Abdul Rahim, 19, dari Kajang, Selangor maut manakala rakannya, Muhammad Kamil Hasnafar Ali Khan, 18, cedera parah dalam kemalangan yang berlaku pukul 8 pagi itu.

Dalam satu lagi kemalangan yang berlaku di MRR2 berhampiran Zoo Negara, pukul 4.30 petang, seorang wanita maut manakala tiga lagi parah apabila sebuah Proton Iswara terbabas ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan kereta Proton Waja.

Menurut Ketua Trafik Daerah Ampang Jaya, Deputi Supritendan Nordin Mahmod, Nurul Adibah Mohammed Hazim, 19, dari Alor Gajah yang menumpang Iswara itu meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak keluar dari kenderaan itu yang gagal dikawal sebelum terbabas.

Di KUANTAN, Pahang, seorang juruteknik maut selepas kereta Proton Satria yang dipandunya terbabas ke laluan bertentangan sebelum dirempuh sebuah Proton Wira di Kilometer 210, Jalan Pintasan Kuantan-Pelabuhan berdekatan persimpangan Bunga Cengkih hari ini.

Mohd. Fariz Mohd. Nor, 30, dari Ulu Ceka, Jerantut meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Sementara itu, seramai 41 penumpang nyaris maut apabila bas yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam tali air di Kilometer 42, Jalan Kuantan-Kemaman, awal pagi ini.

Kemalangan pukul 3.45 pagi berlaku ketika bas terbabit dalam perjalanan dari Johor Bahru ke Kuala Berang, Terengganu.

Kemalangan di Stesen Minyak Taman Midah

Kemalangan berlaku dimana-mana. oleh itu tingkatkan kualiti pemanduan anda dan sentiasa peka dengan perubahan trafik. Dikatakan pemandu yang memandu Honda Jazz terbabas dan tidak sempat memberek keretanya. lalu menghentam pengguna stesen minyak yang ada disitu. saksikan

By atifjeelan Posted in Uncategorized Tagged